Wednesday, March 3, 2010

Penempatan Aplikasi E-Perniagaan Siebel



Aplikasi e perniagaan bersepadu yang membolehkan jualan pelbagai saluran, pemasaran dan sistem perkhidmatan pelanggan untuk ditempatkan di Web

Siebel Systems, Inc. (Nasdaq: SEBL), syarikat penyedia perisian aplikasi e perniagaan utama di dunia, dan BMC Software, Inc. (NYSE: BMC), syarikat pemimpin dalam pengurusan enterpris, hari ini mengumumkan satu perkembangan rakan usaha sama di mana BMC Software telah dipilih sebagai vendor sistem pengurusan terpilih untuk Siebel Systems.

Siebel Systems menyediakan barisan perisian aplikasi e perniagaan bersepadu yang membolehkan jualan pelbagai saluran, pemasaran dan sistem perkhidmatan pelanggan untuk ditempatkan di Web, di pusat-pusat panggilan, di lapangan, melalui saluran-saluran penjual semula dan merentas rangkaian runcit dan penjual.

Perisian pengurusan BMC menyediakan para pengguna dengan fungsian pelbagai bidang yang diperlukan untuk mengurus prestasi, mengoptimumkan tahap perkhidmatan, memperbaiki kelajuan penempatan dan mengeksploitasi keupayaan Aplikasi e perniagaan Siebel. Kepakaran BMC Software dan penempatan penyelesaian pengedaran pengurusan kerangka utamanya kepada pelbagai pelanggan Siebel Systems dengan menyediakan BMC Software dengan keupayaan unik bagi menyediakan penyelesaian berskala penuh, mudah untuk dilaksanakan serta penyelesaian akhir ke akhir untuk Aplikasi e perniagaan Siebel dan infrastruktur lain.

"Kami memilih BMC sebagai vendor pengurusan sistem terpilih kerana penyelesaian BMC yang ekstensif, penyelesaian pengurusan berskala untuk Aplikasi e perniagaan Siebel serta kejayaan BMC dalam menyelesaikan keperluan pengurusan pelanggan bersama-sama kami," kata Bernard Pech, Ketua Pegawai Teknologi, Siebel Systems. Kami yakin bahawa para pelanggan akan mendapat manfaat melalui sokongan efektif Aplikasi e perniagaan Siebel berdasarkan penyelesaian pengurusan BMC yang terbukti. Siebel Systems akan melaksanakan penyelesaian BMC bagi mengurus persekitaran Teknologi Maklumat pada tahun yang akan datang.

"Sokongan kepada Siebel Systems mencerminkan kukuhnya penyelesaian pengurusan enterpris BMC," kata Calvin Guidry, Naib Presiden dan pengurus besar, Enterprise Systems Management, BMC Software. "Para pelanggan kami yang sedia ada kini menyelaraskan penyelesaian BMC bagi memastikan komponen-komponen enterpris mereka berada dalam kawalan dan melaksanakan fungsian masing-masing pada tahap optimum. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk menawarkan keupayaan yang sama kepada pangkalan pelanggan kami yang semakin besar melalui rakan usaha sama Siebel Systems."katanya lagi.

Pangkalan Data

Sebagai tambahan kepada pemilihan sebagai vendor terpilih, pangkalan data pentadbiran BMC Software bagi DB2(TM) Solution, yang termasuk CHANGE MANAGER untuk DB2(R) dan CATALOG MANAGER untuk komponen-komponen DB2(R), selain daripada APPTUNE(TM) untuk komponen DB2(R) bagi Pencapaian Aplikasi untuk DB2(TM) Solution telah diintergrasikan dengan jayanya dalam versi 7 aplikasi e perniagaan Siebel dan disahkan oleh Siebel Systems.

Penyelesaian-penyelesaian ini juga telah dipilih untuk digunakan dalam makmal-makmal pembangunan Siebel Systems bagi meningkatkan produktiviti para pentadbir pangkalan data (DBAs) yang berfungsi pada versi 7 aplikasi e perniagaan Siebel untuk DB2/390. Para pelanggan Siebel Systems dan BMC Software kini mendapat manfaat daripada penyelesaian-penyelesaian ini yang menawarkan ketersediaan yang dipertingkatkan dan mengoptimumkan prestasi data aplikasi e perniagaan Siebel pada kerangka utama.

Program Pengesahan Siebel menggunakan penelitian teknikal yang ketat bagi menilai penyelesian pihak ketiga aplikasi e perniagaan Siebel yang memenuhi standard ketat kriteria pengujian Siebel Systems yang disahkan dan didokumenkan oleh Program Gabungan Siebel.

"Manfaat produktiviti yang disediakan oleh produk-produk BMC untuk DB2 UDB bagi sistem oeprasi zOS dan OS/390 telah memberi kuasa kepada pembangun kerangka utama Siebel Systems dan DBA untuk mengurang masa untuk penghantaran aplikasi e perniagaan Siebel pada platform zSeries. Para pelanggan pengeluaran kami juga akan mendapat manfaat yang sama dengan menyelaraskan perkakasan-perkakasan BMC," kata Ken Llacera, Pengarah Teknologi-teknologi Platform di Siebel Systems.

Para profesional dan pengurus akaun teknikal Perkhidmatan global Siebel Systems akan dilatih menggunakan penyelesaian-penyelesaian pengurusan BMC Software bagi membolehkannya membantu mengoptimumkan tahap perkhidmatan untuk aplikasi e perniagaan Siebel. Sebagai tambahan, syarikat-syarikat itu akan menyediakan keupayaan untuk para pelanggan untuk memindah turun dan menguji penyelesaian-penyelesaian BMC Software daripada laman-laman web Siebel Systems dan BMC Software.

Siebel Systems menjalin gabungan dengan para pemimpin teknologi yang telah terbukti berjaya mengedarkan manfaat perniagaan yang nyata untuk keseluruhan enterpris. Dengan memilih aplikasi e perniagaan Siebel dan mengesahkan penyelesaian rakan, para pelanggan Siebel Systems boleh meneruskan strategi pengambil alihan perisian yang terbaik dalam kelasnya dan menempatkan dengan segera penyelesaian terbaik yang sedia ada.

0 comments: