Wednesday, March 3, 2010

Dasar Pensyarikatan Malaysia

Latar Belakang

Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporate ini telah pertama kalinya diutarakan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Sri Dr.Mahathir Mohamed di waktu pelancaran Forum INTAN pada 25hb. Februari, 1983. Semenjak itu dasar ini telah banyak dikupas dan diperbincangkan bukan sahaja oleh media massa tetapi juga oleh ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan, pegawai kerajaan dan juga gulungan intelektual.

Rasional

Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor utama yang akan menentukan maju dan mundurnya negara ini, iaitu sektor swasta dan sektor awam. Kedua-dua sektor ini seharusnya boleh bekerjasama dalam semua bidang untuk mencapai dan meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik.


Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong kepada aktiviti perdagangan dan ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar utama dan menentukan arah serta menyediakan perkhidmatan sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Dengan ini pihak kerajaan atau awam lebih merupakan pemberi perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan.


Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia ini wujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa perkara dan persoalan-persoalan pokok yang menjadi berasingan atau bertentangan seperti soal matlamat organisasi, perhubungan peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta.

Objektif

Persyarikatan Malaysia bertujuan mengujudkan satu kerjasama yang erat, bermakna dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam menjayakan pembangunan negara yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.


Y.A.B. Perdana Menteri sendiri menerangkan konsep Persyarikatan Malaysia memerlukan kedua-dua sektor menghapuskan sikap permusuhan dan sebaliknya bersama berkongsi maklumat, tanggongjawab, cabaran serta memahami polisi, objektif dan prosediur-prosediur dalam usaha-usaha mempertingkatkan pembangunan sosial, pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang erat ini sebenarnya akan menguntungkan semua pihak di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami, dilaksana dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula akan dapat dikecapi bersama-sama melalui cukai dan penglibatan sosial secara bersungguh oleh pihak swasta.

Strategi Pelaksanaan

Kesefahaman dan kerjasama di antara kedua-dua sektor boleh dicapai melalui:

1.
Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan.
2.
Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan bagi mencapai matlamat negara. Dengan itu kedua-dua pihak mempunyai matlamat iaitu menjaga maruah negara dan tidak hanya satu pihak sahaja yang akan bersungguh membangunkan negara.
3.
Peraturan dan prosedur kerja pihak awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah dilibatkan dalam menggubal peraturan serta prosedur yang ada.
4.
Hubungan di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara satu sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat kerja dan cara bekerja yang sama. Ini membolehkan pihak swasta mudah menghubungi dan menguruskan kerja-kerja mereka.

Dalam hubungan ini, pihak INTAN telah mengadakan beberapa siri forum, seminar dan perbincangan dalam usaha-usaha mendapatkan pandangan-pandangan pertukaran-pertukaran maklumat di peringkat persekutuan dan negeri-negeri. Beberapa syarikat swasta juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan seminar yang serupa.


Dalam usaha mengujudkan kerjasama yang lebih erat dan penglibatan pihak swasta dalam penggubalan dasar dan prosediur, secara lebih berkesan, satu Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1984 yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Negara telah dikeluarkan, mengarah supaya semua Kementerian, Jabatan, badan berkanun dan Pejabat Daerah menubuhkan Perundingan di antara pihak swasta dan pihak awam.


Selain dari itu beberapa program-program lain juga telah dijalankan seperti menempatkan pegawai kerajaan ke syarikat swasta. Sebagai permulaannya seramai 18 orang pegawai telah ditempatkan di British Malaysian Industry and Trade Association (BMITA) mulai tahun 1984 yang lalu dengan tujuan membolehkan pegawai-pegawai itu mempelajari selok belok pengurusan sektor swasta tentangnya dibidang perniagaan, perdagangan dan industri.

Penutup

Dasar Persyarikatan Malaysia sebenarnya memerlukan perubahan sikap oleh kedua-dua sektor awam dan swasta untuk memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih erat agar kesejahteraan rakyat Malaysia akan dapat dipertingkatkan. Ianya timbul atas kesedaran bahawa kedua-dua pihak sebenarnya adalah sehaluan untuk menjadikan negara ini lebih maju.


Sesungguhnya potensi bagi ekonomi Malaysia bertambah maju amatlah besar sekali memandangkan negara ini kaya dengan sumber asli yang seharusnya digemblengkan. Dasar Persyarikatan Malaysia ialah untuk menggemblengkan sumber-sumber ini melalui kerjasama yang padu di antara sektor awam dan sektor swasta. Sesungguhnya pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia yang berkesan akan dapat memberi sumbangan yang besar ke arah kejayaan lain-lain dasar awam negara seperti Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Penswastaan dan lain-lain.

Zakat Perniagaan

Terdapat 2 kaedah mengira zakat perniagaan.

*
Kaedah Model Berkembang (Growth Model).


Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Dalam istilah yang lebih ringkas ialah modal dicampurkan dengan keuntungan.

Ekuiti pemilik + liabiliti jangka panjang - aset tetap - aset bukan semasa +/-
pelarasan = harga perniagaan yang tertakluk kepada pengiraan zakat.

*
Kaedah Model Modal Kerja (Working Capital)



Ia mengambil kira kedudukan harta semasa perniagaan, ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat sama ada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan.

Aset semasa - liabiliti semasa +/- pelarasan = harta perniagaan yang tertakluk kepada pengiraan zakat.

Asas VoIP



VoIP - Percakapan Menerusi Web

Walau bagaimana banyak teknologi internet terbaru, anda tidak perlu mahir untuk menggunakan VoIP (percakapan menerusi web). Namun begitu kejayaan anda menggunakan perantara baru ini adalah bergantung kepada pemilihan perkakasan yang betul, pengetahuan asas mengenai teknologi akan membantu dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

VoIP membawa maksud "suara menerusi IP" di mana IP bermaksud protokol Internet, iaitu sebuah piawai penyiaran yang mengawal bagaimana maklumat dihantar menerusi internet. Walaupun IP menjayakan internet, tetapi penyiaran suara adalah agak kompleks.

Piawai IP memberikan keupayaan kepada sebarang komputer untuk memecahkan maklumat kepada paket digital data dan menghantar paket data kepada komputer lain yang juga menggunakan IP. Piawai lain iaitu TCP (Transmission Control Protocol) akan memeriksa paket-paket ini jika terdapat sebarang kerosakan dan memberitahu pengguna bahawa ia tidak boleh dihantar. Dengan itu kedua-dua piawai ini dirujuk sebagai TCP/IP.

Paket data terdapat dalam pelbagai saiz dan dihantar dalam cara padanan yang tersusun untuk sambungan rangkaian dan tidak berkaitan dengan kandungannya. Isyarat telefon menggunakan litar suis yang menyediakan laluan aliran maklumat secara berterusan dan tidak menurut paket data yang berasingan.

Siaran berasaskan paket tidak memberi masalah kepada fail data termasuklah rakaman yang dikendalikan untuk ditulis kepada CD-ROM. Segala bunyi akan dipecahkan kepada bit maklumat yang diagihkan menerusi beberapa paket dan dibentuk semula setelah diterima oleh penerima dan dibentuk kepada aliran bunyi. Jika rangkaian mengalami kesesakan maka siaran suara tersebut akan tertangguh dan ia akan terputus jika terlalu lama terhenti.

Jika fail bunyi tersebut besar maka ia akan mengambil ruang yang besar dalam talian internet dan mengakibatkan talian sesak. Dengan itu adalah lebih baik fail bunyi dihantar menerusi saluran 56Kbps dan mampatkan fail tersbeut sebelum menghantarnya.

Apabila hendak berhubungan dengan masa nyata (real-time) maka ia hendaklah mempunyai ciri yang hampir sama dengan penggilan telefon biasa. Dengan itu dua komputer yang bersambung hendaklah bersambung secara terus dan mampu menukar paket-paket data dengan pantas dan cekap.

Untuk menghasilkan kepantasan dan kecekapan yang dikehendaki, sebuah teknologi kecekapan rangkaian telah dibangunkan iaitu Asynchronous Transport Mode (ATM). Teknologi ini menyokong pelbagai kaedah perkhidmatan dan ia akan memberikan keutamaan kepada aliran bunyi atau suara berbanding dengan data apabila berlakunya kesesakan. ATM juga menggunakan paket yang kecil dan tetap berbanding dengan paket lain yang berubah-ubah.

Walaupun ATM mahal dan tidak selalu digunakan tetapi ia merupakan keadah yang baik untuk VoIP. Malah penggunaan ATM akan memudahkan dan meningkatkan penggunaan VoIP secara menyeluruh. Satu lagi pilihan untuk meningkatkan VoIP ialah penggunaan talian telefon biasa dalam sesetengah penghantaran menerusi rangkaian.



Sumber Maklumat: Majalah PC

Penempatan Aplikasi E-Perniagaan Siebel



Aplikasi e perniagaan bersepadu yang membolehkan jualan pelbagai saluran, pemasaran dan sistem perkhidmatan pelanggan untuk ditempatkan di Web

Siebel Systems, Inc. (Nasdaq: SEBL), syarikat penyedia perisian aplikasi e perniagaan utama di dunia, dan BMC Software, Inc. (NYSE: BMC), syarikat pemimpin dalam pengurusan enterpris, hari ini mengumumkan satu perkembangan rakan usaha sama di mana BMC Software telah dipilih sebagai vendor sistem pengurusan terpilih untuk Siebel Systems.

Siebel Systems menyediakan barisan perisian aplikasi e perniagaan bersepadu yang membolehkan jualan pelbagai saluran, pemasaran dan sistem perkhidmatan pelanggan untuk ditempatkan di Web, di pusat-pusat panggilan, di lapangan, melalui saluran-saluran penjual semula dan merentas rangkaian runcit dan penjual.

Perisian pengurusan BMC menyediakan para pengguna dengan fungsian pelbagai bidang yang diperlukan untuk mengurus prestasi, mengoptimumkan tahap perkhidmatan, memperbaiki kelajuan penempatan dan mengeksploitasi keupayaan Aplikasi e perniagaan Siebel. Kepakaran BMC Software dan penempatan penyelesaian pengedaran pengurusan kerangka utamanya kepada pelbagai pelanggan Siebel Systems dengan menyediakan BMC Software dengan keupayaan unik bagi menyediakan penyelesaian berskala penuh, mudah untuk dilaksanakan serta penyelesaian akhir ke akhir untuk Aplikasi e perniagaan Siebel dan infrastruktur lain.

"Kami memilih BMC sebagai vendor pengurusan sistem terpilih kerana penyelesaian BMC yang ekstensif, penyelesaian pengurusan berskala untuk Aplikasi e perniagaan Siebel serta kejayaan BMC dalam menyelesaikan keperluan pengurusan pelanggan bersama-sama kami," kata Bernard Pech, Ketua Pegawai Teknologi, Siebel Systems. Kami yakin bahawa para pelanggan akan mendapat manfaat melalui sokongan efektif Aplikasi e perniagaan Siebel berdasarkan penyelesaian pengurusan BMC yang terbukti. Siebel Systems akan melaksanakan penyelesaian BMC bagi mengurus persekitaran Teknologi Maklumat pada tahun yang akan datang.

"Sokongan kepada Siebel Systems mencerminkan kukuhnya penyelesaian pengurusan enterpris BMC," kata Calvin Guidry, Naib Presiden dan pengurus besar, Enterprise Systems Management, BMC Software. "Para pelanggan kami yang sedia ada kini menyelaraskan penyelesaian BMC bagi memastikan komponen-komponen enterpris mereka berada dalam kawalan dan melaksanakan fungsian masing-masing pada tahap optimum. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk menawarkan keupayaan yang sama kepada pangkalan pelanggan kami yang semakin besar melalui rakan usaha sama Siebel Systems."katanya lagi.

Pangkalan Data

Sebagai tambahan kepada pemilihan sebagai vendor terpilih, pangkalan data pentadbiran BMC Software bagi DB2(TM) Solution, yang termasuk CHANGE MANAGER untuk DB2(R) dan CATALOG MANAGER untuk komponen-komponen DB2(R), selain daripada APPTUNE(TM) untuk komponen DB2(R) bagi Pencapaian Aplikasi untuk DB2(TM) Solution telah diintergrasikan dengan jayanya dalam versi 7 aplikasi e perniagaan Siebel dan disahkan oleh Siebel Systems.

Penyelesaian-penyelesaian ini juga telah dipilih untuk digunakan dalam makmal-makmal pembangunan Siebel Systems bagi meningkatkan produktiviti para pentadbir pangkalan data (DBAs) yang berfungsi pada versi 7 aplikasi e perniagaan Siebel untuk DB2/390. Para pelanggan Siebel Systems dan BMC Software kini mendapat manfaat daripada penyelesaian-penyelesaian ini yang menawarkan ketersediaan yang dipertingkatkan dan mengoptimumkan prestasi data aplikasi e perniagaan Siebel pada kerangka utama.

Program Pengesahan Siebel menggunakan penelitian teknikal yang ketat bagi menilai penyelesian pihak ketiga aplikasi e perniagaan Siebel yang memenuhi standard ketat kriteria pengujian Siebel Systems yang disahkan dan didokumenkan oleh Program Gabungan Siebel.

"Manfaat produktiviti yang disediakan oleh produk-produk BMC untuk DB2 UDB bagi sistem oeprasi zOS dan OS/390 telah memberi kuasa kepada pembangun kerangka utama Siebel Systems dan DBA untuk mengurang masa untuk penghantaran aplikasi e perniagaan Siebel pada platform zSeries. Para pelanggan pengeluaran kami juga akan mendapat manfaat yang sama dengan menyelaraskan perkakasan-perkakasan BMC," kata Ken Llacera, Pengarah Teknologi-teknologi Platform di Siebel Systems.

Para profesional dan pengurus akaun teknikal Perkhidmatan global Siebel Systems akan dilatih menggunakan penyelesaian-penyelesaian pengurusan BMC Software bagi membolehkannya membantu mengoptimumkan tahap perkhidmatan untuk aplikasi e perniagaan Siebel. Sebagai tambahan, syarikat-syarikat itu akan menyediakan keupayaan untuk para pelanggan untuk memindah turun dan menguji penyelesaian-penyelesaian BMC Software daripada laman-laman web Siebel Systems dan BMC Software.

Siebel Systems menjalin gabungan dengan para pemimpin teknologi yang telah terbukti berjaya mengedarkan manfaat perniagaan yang nyata untuk keseluruhan enterpris. Dengan memilih aplikasi e perniagaan Siebel dan mengesahkan penyelesaian rakan, para pelanggan Siebel Systems boleh meneruskan strategi pengambil alihan perisian yang terbaik dalam kelasnya dan menempatkan dengan segera penyelesaian terbaik yang sedia ada.

Perdagangan Elektronik - Saluran Perniagaan Baru

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.





Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.



Integrasi Perniagaan

E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an. Malah e-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa.



Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borang-borang kertas dan birokrasi.


Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian (incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak serupa. Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer dan lain-lain lagi.



Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan. Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.



E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain lagi.

Jenis-jenis E-dagang

E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap.



Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang.



Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir. Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah mesyarakat itu.




Saiz E-dagang

Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan IntelliQuest's Worldwide Internet/Online Tracking Service hanya 12 peratus pengguna Internet menggunakan E-dagang. Ini merupakan satu peratusan yang akan mengecewakan dan merupakan satu potensi yang besar untuk diperkembangkan lagi pada masa depan. Malah menurut sebuah lagi kajian oleh Computer Intelligence hanya dua peratus daripada 4.8 juta perniagaan yang berkomputer seluruh dunia menggunakan E-dagang untuk menjalankan kesemua atau sebahagian daripada transaksi perniagaannya.



Menurut perangkaan terkini saiz pengguna Internet akan meningkat kepada lebih 200 juta pengguna untuk akses melalui sambungan dail terus dan seramai 17.5 juta lagi yang menggunakan sambungan tetap seperti talian suwa (leased line) dan daripada itu dianggarkan seramai 35 juta pengguna akan membuat pembelian melalui Internet.



Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan Cowles/Simba pula telah melakukan penyelidikan mengenai profil pengguna yang melakukan e-dagang menerusi Internet. Kajian ini mendapati bahawa pembeli kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan setahun sebanyak RM50,000 dan berusia lebih daripada 30 tahun. Hasil kajian yang sama juga menjangka bahawa urusniaga pembelian menerusi e-dagang akan meningkat lebih kurang 10 peratus setiap tahun bermula daripada nilai AS$800 juta pada tahun 1997 kepada AS$8 bilion menjelang tahun 1999.



Dengan kesedaran yang semakin meninggi tentang E-dagang maka dijangkakan pada tahun 2001 jumlah ini akan melonjak kepada lebih AS$546 bilion yang akan diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat. Media yang akan mempopularkan E-dagang adalah seperti menerusi Internet dan juga menerusi kaedah elektronik yang lain seperti TV interaktif dan telefon berskrin.



Pada tahun 1998, jualan produk komputer merupakan produk yang paling laris dijual dengan menggunakan e-dagang sehingga mencecah AS$196.2 juta, ini diikuti oleh produk pengguna (AS$186 juta), majalah dan buku (AS$38.3 juta) dan produk hiburan dan muzik (AS$ 35 juta).



Skop E-dagang

Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenam-enam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun.



Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002. Dalam masa yang sama pengguna yang menggunakan Internet untuk merancang perjalanan mereka akan meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta pengguna.



Jaminan Pengguna

Para pengguna kad kredit seperti VISA dan Mastercard tidak akan menghadapi sebarang masalah apabila mereka menggunakan kad kredit mereka untuk membeli-belah menerusi Internet. Dengan kehadiran teknologi enkripsi data seperti Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET) maka pengguna akan lebih terlindung untuk melakukan pembelian menerusi Internet. Satu alternatif lain pula ialah dengan mengunakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Net.Trader, Cybercash dan DigiCash yang membolehkan menghantaran wang menerusi talian tanpa menggunakan sebarang nombor kad kredit.



Lain-lain teknologi yang mennyokong dan menambahkan keselamatan transaksi e-dagang termasuklah sistem kriptografi PKI atau Public Key Infrastructure dan sijil digital. PKI dan sijil digital bertindak seperti kad pengenalan yang akan mengesahkan identiti sebenar pengguna dan penjual dalam setiap transaksi e-dagang dan ini meningkatkan kebolehpercayaan transaksi tersebut.





Sumber Maklumat: http://jalalmpc.tripod.com/ecomm1.html

Pengurusan Sistem Perbankan

Teras utama langkah-langkah dasar pada tahun 2005 terus tertumpu pada peningkatan daya saing institusi perbankan domestik dan pengekalan daya tahan sektor kewangan. Dalam hal ini, usaha ditumpukan bagi meningkatkan keefisienan struktur dan operasi institusi perbankan serta memperkenalkan rangka kerja penyeliaan berhemat dan pengawasan penyeliaan yang lebih dinamik serta infrastruktur pengawasan yang lebih efektif dan komprehensif. Inisiatif dasar utama lain termasuk memastikan akses kepada pembiayaan yang berterusan bagi semua segmen ekonomi dan memperkukuh infrastruktur perlindungan dan pendidikan pengguna. Inisiatif ini mencerminkan teras utama Fasa Kedua Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) untuk mengangkat prestasi keseluruhan sektor kewangan.

Pada tahun 2005, landskap kewangan terus mengalami perubahan struktur. Kesemua sepuluh kumpulan perbankan domestik sudah menyempurnakan perasionalan perniagaan perbankan perdagangan dan syarikat kewangan masing-masing menjadi satu entiti tunggal. Satu lagi inisiatif strategik penting untuk memperkukuh kapasiti dan keupayaan kumpulan perbankan domestik menyumbang kepada transformasi ekonomi dan menghadapi cabaran liberalisasi ialah pembangunan bank pelaburan sepenuhnya melalui penggabungan antara bank saudagar, syarikat broker saham dan syarikat diskaun. Had pemilikan asing dalam bank pelaburan juga dinaikkan kepada 49%.

Penerapan secara beransur-ansur persaingan yang lebih sengit dalam pasaran menjadi pemangkin ke arahpeningkatan prestasi institusi perbankan domestik. Sehubungan dengan itu, kefleksibelan operasi diberikan kepada institusi perbankan asing yang diperbadankan di Malaysia (LIFB) untuk menubuhkan sehingga empat cawangan tambahan pada tahun 2006. Ini merupakan langkah pertama dalam pendekatan berperingkat bagi liberalisasi pembukaan cawangan untuk membenarkan penyertaan LIFB yang lebih aktif dalam sektor kewangan. Di samping itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberikan lebih kefleksibelan dan pilihan kepada institusi perbankan untuk mengurus pendedahan mereka serta mengagihkan sumber dengan lebih efisien dan efektif, institusi perbankan diberikan kefleksibelan untuk menjual langsung NPL mereka kepada pihak ketiga yang layak atau membeli NPL daripada institusi perbankan lain.

Perhatian yang sewajarnya terus diberikan ke arah memastikan elemen asas sistem kewangan yang selamat dan kukuh kekal tidak terjejas. Elemen asas ini termasuk mempunyai rangka kerja pengawasan dan pemantauan yang komprehensif dan efektif, wujudnya peraturan kehematan dan pengawasan penyeliaan yang mantap dan dinamis serta mempunyai infrastruktur kewangan yang efisien dan jaringan keselamatan kewangan yang boleh diharap. Dari segi pengawasan, usaha terus ditumpukan ke arah mempertingkatkan kekukuhan pengawasan dan penilaian daya tahan keinstitusian dan sistematik.

Sejajar dengan langkah ke arah rangka kerja penyeliaan ‘berasaskan prinsip’, tanggungjawab yang lebih besar diletakkan di bahu pemegang saham dan lembaga pengarah institusi perbankan untuk memastikan operasi yang kukuh dan selamat bagi institusi mereka. Untuk memimpin sektor perbankan ke arah matlamat ini, garis panduan tadbir urus korporat telah disemak dengan memberi penekanan yang lebih penting terhadap pengawasan lembaga pengarah, peranan pengarah bebas dan pengasingan yang jelas antara pengurusan dengan pemegang saham institusi perbankan.

Pelaksanaan Basel II di Malaysia

Pelaksanaan Basel II di Malaysia, menunjukkan bahawa sebahagian besar institusi perbankan tidak melihat sebarang masalah yang besar untuk menerima pakai kaedah standard pada tahun 2008, selain penambahbaikan sistem. Hasil kajian penilaian jurang yang dikendalikan oleh institusi perbankan bersama dengan hasil perbincangan dua hala akan digunakan sebagai input dalam perumusan panduan penyeliaan terperinci dalam menerima pakai kaedah yang berbeza di bawah Basel II. Selain inisiatif Basel II, usaha diteruskan bagi memperkukuh amalan pengurusan risiko industri. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Rangka Kerja Kecukupan Modal Risiko Pasaran, yang berkuat kuasa pada bulan April 2005, merupakan anjakan penting ke arah menyediakan secara eksplisit modal penyeliaan bagi kerugian yang bakal timbul akibat aktiviti yang mendedahkan institusi perbankan kepada risiko pasaran.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

pidm_logo_vertical

Penubuhan PIDM pada bulan September 2005, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk membina asas bagi perlindungan pengguna yang efektif. PIDM beroperasi menyediakan perlindungan eksplisit berjumlah sehingga RM60,000 bagi setiap pendeposit di setiap institusi anggota.




Pembubaran Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) pada bulan Disember 2005 menandakan kejayaan menyempurnakan bab terakhir dalam usaha penstrukturan semula sektor kewangan yang dilaksanakan selepas krisis kewangan Asia.


Secara keseluruhan, kos yang ditanggung oleh Kerajaan dalam penstrukturan semula sektor kewangan melalui Danaharta dan Danamodal Nasional Berhad mencakupi 2.5% daripada KDNK negara.

Sistem Pembayaran Efisien


Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia memperhebat usaha untuk membangunkan dan menambah baik infrastruktur sistem pembayaran selaras dengan matlamatnya untuk memastikan sistem pembayaran yang efisien, boleh dipercayai dan selamat. Usaha-usaha tersebut termasuk menubuhkan mekanisme ‘pembayaran semasa pembayaran’ untuk mengurangkan risiko penjelasan pertukaran asing antara bank dan memperkenalkan sistem pemangkasan cek untuk mengurangkan pengendalian cek secara fizikal dan kos berkaitan lain. Dalam usaha menambah baik keselamatan kad kredit dan ATM, institusi perbankan telah berjaya menyempurnakan pemasangan terminal berasaskan cip pada tahun 2005, menjadikan Malaysia Negara pertama di rantau ini yang menyempurnakan pelaksanaan perpindahan cip di seluruh negara.

Pelaksanaan perpindahan cip dilengkapkan dengan pelaksanaan talian dipersulitnya atau line encryption untuk menghalang penipuan dalam talian, seterusnya meningkatkan keyakinan pengguna, peniaga dan pelancong melakukan pembayaran menggunakan kad di negara ini. Dalam usaha menambah baik tahap akses bagi perkhidmatan pengiriman wang, institusi bukan perbankan yang layak dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan pengiriman wang, sementara institusi perbankan dibenarkan melantik ejen pemungut untuk memudahkan urus niaga pengiriman wang. Untuk menggalakkan perpindahan kepada pembayaran secara elektronik, Bank Negara

Malaysia telah mengadakan forum dan pameran sistem pembayaran yang luas liputannya di negara ini pada bulan November 2005. Ia menyediakan platform untuk membincangkan isu dan cabaran dalam perpindahan kepada pembayaran secara elektronik dan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pelbagai saluran pembayaran, produk dan inovasi.


Friday, February 5, 2010

Apa Itu Muamalat Dalam Islam

Dalam menjalani kehidupan seharian,kita tidak boleh lari dari hidup berseorangan.Hal ini kerana sudah menjadi satu fitrah bagi manusia bagi manusia bagi manusia bagi manusia tidak boleh hidup bersendirian tanpa pertolongan orang lain.Hidup akan menjadi sunyi dan sepi tanpa manusia lain dan ini akan membataskan pergerakan kita dalam menjalani kehidupan.Disini,apa yang telah ditakrifkan dengan pergertian muamalat ialah satu perhubungan manusia sesama manusia untuk mendapatkan keperluan masing-masing dengan cara yang baik dan bersesuaian ajaran dan tuntutan agama islam serta berlandaskan syara'.Aspek halal dan haram amat di tekankan dalam islam.

Antara kepentingan yang terhasil daripadanya membawa manusia perpaduan dan membawa keamanan terhadap kesejagatan kepada masyarakat.Umat islam dilarang berbuat jahat ianya sesuai dengan firman Allah dalam surah Al maidah ayat 2 yang bermaksud "dan hendaklah kamu bertolong tolongan antara satu sama lain membuat kebaikan dan bertaqwa,dan janganlah kamu bertolong tolongan dalam melakukan dosa dam pencerobohan".

Selain daripada itu,muamalat juga dapat melahirkan umat yang sentiasa berlumba lumba dalam membelanjakan harta pada jalan yang diredhai Allah seperti bersedekah,zakat,hibah,wasiat dan sebagainya.Kepentingan yang seterusnya ialah mendidik manusia supaya bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan kemesraan,kezaliman,penindasan,penipuan serta perkara lain.Secara khususnya muamalat itu satu tuntutan yang semestinya berlandaskan syariat yang harus di turuti oleh setiap manusia supaya dapat menjamin kehidupan yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.

Sunday, January 17, 2010

Perhimpunan Tahunan Fakulti

Pengenalan
program ini merupakan program tahunan fakulti yang melibatkan seluruh warga Fakulti Inovasi Perniagaan Dan Perakaunan.
Objektifnya ialah menanamkan nilai-nilai murni dalam diri warga fakulti serta memupuk sifat hormat menghormati di kalangan warga FIPP.Objektif khususnya ialah memberikan informasi fakulti serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelajar dan pengajar.
Melalui program ini siswa dan siswi dapat di dedahkan dengan isu dan aktiviti semasa fakulti.

Friday, January 15, 2010

Sesi Suai Kenal 2010

Program ini merupakan program semula dari program semester lepas yang tergendala atas sebab yang tidak dapat dielakkan.Program ini dijalankan oleh Persatuan Siswa Siswi Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan serta pensyarah yang terlibat. Program bertarikh 16 Januari 2010 (Sabtu) bertempat di dewan kuliah utama fakulti inovasi perniagaan dan perakaunan. Melibatkan pelajar semester 1 dan semester 2 dari Fakulti Inovasi Perniagaan dan Perakaunan termasuk AJK.

Tuesday, January 12, 2010

Kursus Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan :
1.Diploma Perakaunan (A1538 )
(KA 4372) (KP(JPS)5195/IPTS/690/Jld.II(61) 08/09
2.Diploma Pemasaran (A 1397)
(KA 4375) (KP(JPS)5195/IPTS/690/Jld.IV(58) 08/09
3.Diploma Kewangan (A 1230)
(KR 9468) KPT(JPS)600-03/690/A(16) 04/14
4.Diploma Sistem Maklumat Perniagaan (A1539)
(KR 9308) KP(JPS)600-03/690/A(8) 12/13

Apakah itu perspep?

Perspep

Merupakan Singkatan Daripada Persatuan Siswa Siswi Fakulti Inovasi Perniagaan Dan perakaunan.Juga Merupakan Merantara Pelajar Dengan Pihak Pengurusan.